Selasa, 24 Mei 2011

jaga dak2 exam....:-)

hah...sekarang minggu2 menjaga budak2 exam...macam2 perangai diorang buat just untuk melihat jawapan pelajar lain....emmm....no, no...dengan CIKGU DALILA takde peluang yer....

tapi dak2 ni pantang dibbiarkan bercakap, asyik nak bercakap jer.,...

PS3

PS3




Untuk yang saya sayang :-)

HARI GURU PERINGKAT NEGERI

Hari Guru Peringkat Negeri telah diadakan di daerah Kulai pada tahun ini...:-) kami telah terpilih untuk mewakili sekolah kami...BIRU...:-)

saya & Farhana

smile...

:-D

hari guru..:-)





Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei...:-)

biru cantik di mata...:-D


CERIA



Rabu, 11 Mei 2011

soalan exam...

hah....


soalan exam telah siap di buat dan telah siap di razor...:-) 








kali ini, semua subjek yang aku mengajar, aku kena buat soalan peperiksaan..Soalan untuk pendidikan moral, geografi ting 1 dan juga bahasa melayu  peralihan....tapi alhamdulillah, semua dah siap tinggal nak kira bilangan ikut kelas...





Sabtu, 7 Mei 2011

minggu sibuk....

salam....
huhu...minggu ini sibuk betul....


bile jadi guru bertugas, kelam kabut sikit....
semalam, ada pelajar cedera...aku juga yang kena merawat pelajar berkenaan....dan semalam juga, aku telah mengedarkan kad kepada guru sesi petang....untuk guru sesi pagi, aku mewakilkan kak Feesya untuk memberi kad aku...:-) Kredit to kak Feesya...:-D


Oh yer...arini ada sekolah ganti....nasib baik guna hari jumaat dan jadual anjal yang digunakan...:-)



Sabtu, 30 April 2011

cuti berisi..:-p

hai...hai.....


hah, arini 30hb/4 hinggalah hari isnin 2hb/5, adalah hari cuti...:-D...


Namun dalam kata bercuti, diri ini sibuk juga menyiapkan kerja-kerja sekolah...:-p


1. Menanda buku pelajar.(baru separuh siap)
2. Membuat semakan penghantaran buku pelajar.
3. Buat Nota dan Latihan untuk pelajar(cikgu lagi rajin daripada pelajar)
4. Soalan peperiksaan geografi tingkatan 1 dan Bahasa Melayu Peralihan(soalan pendidikan moral tingkatan 2 dah beres.)
5. Lipat kad..:-) banyak tu...
6. Beli bahan baju....
7. Beli bahan kering untuk kenduri


Senarai tugas yang berada dalam perancangan cuti 3 hari ini..




p/s: hope segala perancangan akan berjalan lancar.

Jumaat, 29 April 2011

KERJA..:-)

salam sejahtera..:-) wah!!!


hari ini hari yang sangat sibuk kurasakan....pagi-pagi lagi sudah bangun buat air gula untuk makan2 disekolah petang nanti....hari ini juga merupakan hari untuk menutup buku kedatangan harian pelajar..hari ini juga hari menghantar buku kepada ketua bidang....


oh yer....ada satu benda dah siap...apa dia yer...:-p


KAD WALIMATULURUS saya dah siap....:-) KREDIT kepada kawan sekerja saya, Encik Mohd Sharil Razali kerana banyak membantu.....


Opss...gambar, nanti yer.....:-D

Selasa, 26 April 2011

temuduga..:-)

assalammualaikum...


hoho..aku menghadapi temuduga lagi..:-) tetapi kali ini temuduga untuk membina satu kehidupan bersama orang yang disayangi....


selesai sudah temubual....barulah lega 1 keje...ada lagi banyak urusan yang lum siap...;-)






moga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..amin...:-)

birthday

selamat ulang tahun kelahiran untuk diri ini dan juga my mom....



nombor unik....kami berdua berkongsi tarikh yang sama..:-) love u mom..:-)

COKLAT DARI JB COLLECTION..:-) like...

Moga dengan pertambahan usiaku ini....makin bertambah matang dalam menempuh kehidupan, moga bakal menjadi isteri yang solehah...dan menjadi anak yang solehah..:-)

Khamis, 14 April 2011

temuduga oh temuduga.....

yeh!!!

semalam...aku telah selesai untuk temuduga SPP untuk sah jawatan....sebelum masuk ke bilik temuduga, memang aku berdoa dan selawat banyak....alhamdulillah, aku dan bersama 3 rakan lain dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan....aku berharap, keputusan yang aku dapat nanti menggembirakan hatiku, ibu bapaku serta tunangku....

Selasa, 12 April 2011

TEMUDUGA LAGI.....

Wah..lama sudah tak update blog....beberapa hari ini keadaan tidak terurus...fikir keje n fikir temuduga sekali lagi....debarnya.......aduh....esok adalah hari temuduga...pagi2 lagi aku kena keluar rumah bagi mengelakkan jalan sibuk....doakan aku yang terbaik yer kawan2...:-)

Jumaat, 1 April 2011

hati terusik

eemmm...Hari ini aku rasa kepalaku berserabut sangat....hatiku arini sebak sangat....hatiku terusik dengan perangai pelajar...TERASA sangat.....itu baru 3 bulan kat sekolah ni.... pelajar2nya....astagfirullahalazim......dasyat....kenapa ya? pelajar masa kini berperangai sebegini? semakin terhakis rasa hormat pelajar terhadap gurunya....

Rabu, 23 Mac 2011

PERJALANAN JAUH LAGI....

    


Dalam masa beberapa jam..aku sudah pusing dari rumah di kampung...ke Batu Pahat, Pontian, Tebrau dan akhirnya sampai ke tempat kerjaku (SMKKP)... yang penting card puncd aku tak merah....:-D

Perjalanan ini hanya bertujuan, mengambil adik di Batu Pahat untu ke Tebrau...adik beli kereta baru!!!! aku?? nanti-nantilah.....tunggu selepas setahun kot.... kereta yang diinginkan....mungkin....

  


ataupun kereta yang lagi baru...hehe....


P/S: mudah-mudahan tercapai...:-p

Ahad, 20 Mac 2011

tamat......

TAMAT.


Cuti sekolah dah abis....,mula kembali rutin sebagai seorang guru untuk mendidik anak-anak kesayangan... sekarang ni pun masih sibuk menanda latihan anak-anak....kertas periksa anak-anak ni semua dah siap di tanda....markah anak-anak ini belum lagi boleh di isi, kena tunggu isnin ini....


aku juga akan kembali semula ke rumah sewa...dan bermulanya hari yang sibuk....hingga hujung minggu....




-makin rindukan Encik Tunang....ngeeenggee....:-)



Khamis, 17 Mac 2011

DUA JIWA MENJADI SATU

Menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama kak feesya n yana....best cerita ni...:-) i like....



'SAMPAI MASA KITA KAN BERSATU'
Insyaallah....moga segala perancangan kami akan berjalan lancar dengan keredhaanNya....Amin...

Rabu, 16 Mac 2011

KELAS TAMBAHAN

Pagi2 lagi selepas solat subuh aku terus keluar meredah dingin pagi untuk ke sekolah kerana ada kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 3....hari ini kelas tambahan bagi subjek Geografi..pelajar yang terlibat dengan kelas aku adalah pelajar 3RK1 dan 3 RK2....

Selasa, 15 Mac 2011

JARUM

14 Mac aku membeli borang untuk aku dan tunangku.....kemudian ku pergi ke klinik, jariku telah dicucuk jarum untuk mengambil darah..bisannya terasa selama 1 hari...tapi alhamdulillah,selesai satu....:-) walaubagaimanapun, ada lagi banyak perkara perlu diselesaikan....

Ahad, 13 Mac 2011

BIRU....

BIRU


Biru, warna pilihan tema....hari ini 13 Mac, aku ke kedai andaman untuk membayar sedikit duit andaman...bayar sikit2, tak rasa berat sangat....:-) jumpa dengan bog bos MBG, aku nak pilih warna for majlis nanti...tengok2 ada pasangan tarikh sama dengan aku telah memilih warna biru juga...huhuhu....walau bagaimanapun aku bernasib baik ada lagi satu baju biru....emmm...fitting baju leh buat awal bulan 5 nanti....




hope perancangan berjalan dengan ok, huhuhu...walaupun masa tinggal baper bulan lagi.....

KEMANGI

Malam 12 Mac 2011, dinner bersama tunang yang disayangi.......tarikh berkenaan merupakan tarikh ULANG TAHUN KELAHIRAN ENCIK TUNANG SAYA....:-) Kami makan di kedai makan KEMANGI....aku memilih untuk makan chicken chop, n ENCIK TUNANG memilih nasi ayam lemon dan tomyam...:-) Kami berpuas hati dengan makanan di kedai ini...Nyummmyy....


HAPPY BIRTHDAY SAYANG...:-)

Jumaat, 11 Mac 2011

GEMPA BUMI...11/3/11

Gempa bumi yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang 
bermagnitud 8.9 pada skala Richter itu dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter, selain menghanyutkan kereta serta bangunan di sepanjang pantai...
Bangunan Kilang di Bandar Sukagawa, Fukushima  selepas kejadian gempa bumi.


Gempa bumi yang melanda menyebabkan tsunami berlaku.

Sumber : Utusan Malaysia

P/S: Bersyukur dengan keadaan di Malaysia, namun kita sebagai manusia perlu berwaspada dengan alam sekeliling kerana alam sudah mula marah terhadap manusia akibat daripada kecuaian manusia itu sendiri.......

selamat bercuti...

hai....


setelah 4 hari pelajar menduduki Ujian 1, hari ini (jumaat) adalah hari akhir persekolahan sebelum pelajar-pelajar bercuti selama seminggu....


guru-guru pula? guru hanya atas nama cuti namun hakikatnya, guru tetap bekerja- menanda kertas jawapan, kelas tambahan,.....


walau apapun, aku tetap suka bertugas sebagai seorang GURU.....

Isnin, 7 Mac 2011

JAUH PERJALANAN.....

Hari Ahad, 6hb Mac...pagi-pagilah aku telah keluar rumah untuk bergerak balik ke kampung BENUT, PONTIAN ...sampai sahaja di rumah terus bersiap untuk pergi ke jemputan kahwin sepupu emak di FELDA SIMPANG WAHA, KOTA TINGGI....perjalanan mengambil masa 2 jam setelah sesat beberapa kali akhirnya sampai jua ke rumah pengantin.....


              Siap di situ, terus bergerak ke SIMPANG RENGAM dan seterusnya ke AYER HITAM  mencari barang untuk majlis.....setelah siap memilih dan membayar, bergerak semula untuk pulang ke rumah,di BENUT.....sampai sahaja di rumah aku pengsan selama 3 jam, bangun-bangun je dari pengsan, siap-siap untuk balik semula ke PULAI INDAH....tapi sebelum sampai ke PULAI INDAH, aku lepak jap kat tempat adik aku di UTM....:-)    huhu.... banyak masaku hari ini di dalam kereta di atas jalan raya....jauh perjalananku mencecah 500 km but i LIKE........

H.A.N.T.A.R.A.N DAN R.A.K.A.N

Hari Sabtu bertarikh 5hb Mac, aku, kak feesya n farhana berjalan-jalan di Jusco Tebrau...motif utama ke situ adalah untuk membeli sebahagian barangan HANTARAN KAHWIN....untuk siapa barangan itu?? tentulah untuk bakal suamiku yang tersayang...:-) 

          Sebelum memulakan misi, kami perlu mencari tenaga dan kami singgah makan di CHICKEN RICE SHOP....


aku dan kak feesya di chicken rice shop..:-) 

Setelah selesai menjamu selera, kami memulakan misi dari sebuah kedai ke sebuah kedai dan setelah hampir 4 jam mencari dan mencari akhirnya dapat membeli lima item yang ada dalam list perlu beli....aku berpuas hati atas bantuan kak feesya dan farhana untuk sama-sama memilih...tengok mereka berdua lagi excited semasa sesi melilih barangan....sayang korang....mmmmuuuuaaahh......

OLAHRAGA

minggu lepas...selama 4 hari iaitu dari 1hb Mac hingga 4hb Mac...kejohanan olahraga MSSD berlangsung di Stadium Kulai....kontijen SMK Kangkar Pulai, telah membuahkan hasil dengan 10 emas....berkat latihan daripada jurulatih dan komitmen atlet...akhirnya tercapai jua sasaran 8 emas...Aku juga berkampung di situ, mukaku semakin gelap..huhu....tapi demi pengalaman...i LIKE....:-)

TAHNIAH KEPADA  KONTINJEN SMK KANGKAR PULAI DAN JURULATIH